aku adalah aku

aku adalah aku

1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 15 April 2013

Kak Ct

Assalammualaikum, selamat tengah hari..

Hari ni,aku nak cerita tentang Kak Ct.
Perkenalanku dengannya bermula pada tanggal 15 Januari 2013.
Di mana aku ditugaskan untuk membuat latihan praktikal di CCM Pharmaceuticals Bangi.

Kak Ct.
Nama nya comel macam orangnya.
Perwatakan keanak-anakannya membuat kan ramai pekerja senang berurusan dengannya.
Sehingga aku tertipu dengan statusnya iaitu 
Ibu beranak 5.. wah..!!!
Alhamdulillah, bukan senang nak maintain slim dan comel selepas beranak pinak ni..

Kak Ct
Setiap hari membuat aku ketawa
Tak pernah marah kerana mukanya lawak dan aku pasti ketawa bila dia mula rasa nak marah..
Maka tak jadilah dia marah-marah.

Setiap hari akan ku sebut namanya...
Kak Ct..Kak Ct..Kak Ct..
Walaupun Sabtu dan Ahad tidak kerja,
Masih lagi aku menyebut-nyebut namanya..
Yelah,.,lawak jenakanya akan ku cerita pada sepupu dan emakku..
Dia sangat spoting..
Macam Kak Aini..

Aku rasa Kak Ct kalau jumpa Kak Aini, 
mesti pecah perut aku gelak..
Dua2 lawak,..
Dia la kakak yg paling spoting pernah aku jumpa,,

Hah? Ada apa2 dia cakap tak baik di belakangku?
Ada aku ambil kesah?
Bagiku, selagi telingaku sendiri tak dengar apa2 yg buruk dia perlakukan terhadapku,
Aku akan anggap dia yang terbaik bagiku.

Kak Ct...
Sekiranya Kak Ct terjumpa blog ni,
Baca la..
Komen la..
Maafkan seandainya terdapat kekasaran, kekurangan, kelemahan, ketidaksempurnaan dalam diri ini...
Harap tali silaturahim antara kita kekal hingga akhir hayat... 


Saya sayang Kak Ct.....

Ahad, 17 Mac 2013

Buang kawan???

Assalammualaikum Encik Key..

Pagi ni dalam sejarah,dia memarahiku. Katanya 'Sila pergi jauh dari saya..."
Dia sangat marah bila aku menolak perlawaannya...
Aku anggap dia lah sahabatku dunia akhirat sebab dia sahaja satu2 nya lelaki yang memahamiku..
Tapi apakan daya, hari ni, 18 March 2013, jam 2.01pagi, dia mula berkasar denganku.
Kata2 indah yg selalu keluar dari mulutnya bertukar kata2 yg sakit bila mendengarnya..
Perasaan marah bercampur sedih membuatkan aku menangis..
Menangis mengenangkan nasib di mana kawan baikku sendiri, tidak lagi memahami diri ini..
Dia yang aku mula anggap lain dari lelaki lain, sudah mula berubah..
Perwatakan nya sama sahaja seperti lelaki2 yg ku kenal..
Aku cuma mahu dia menghormatiku seperti dia menghormati ibu dan kakak2nya..
Aku tidak suruh dia tunduk padaku..
Aku hanya mahu dia ber...hurm...biarlah..aku malas mahu berkata yg kurang enak di entry aku ini....

p/s: Allah Maha Pengampun :)