aku adalah aku

aku adalah aku

1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 15 April 2013

Kak Ct

Assalammualaikum, selamat tengah hari..

Hari ni,aku nak cerita tentang Kak Ct.
Perkenalanku dengannya bermula pada tanggal 15 Januari 2013.
Di mana aku ditugaskan untuk membuat latihan praktikal di CCM Pharmaceuticals Bangi.

Kak Ct.
Nama nya comel macam orangnya.
Perwatakan keanak-anakannya membuat kan ramai pekerja senang berurusan dengannya.
Sehingga aku tertipu dengan statusnya iaitu 
Ibu beranak 5.. wah..!!!
Alhamdulillah, bukan senang nak maintain slim dan comel selepas beranak pinak ni..

Kak Ct
Setiap hari membuat aku ketawa
Tak pernah marah kerana mukanya lawak dan aku pasti ketawa bila dia mula rasa nak marah..
Maka tak jadilah dia marah-marah.

Setiap hari akan ku sebut namanya...
Kak Ct..Kak Ct..Kak Ct..
Walaupun Sabtu dan Ahad tidak kerja,
Masih lagi aku menyebut-nyebut namanya..
Yelah,.,lawak jenakanya akan ku cerita pada sepupu dan emakku..
Dia sangat spoting..
Macam Kak Aini..

Aku rasa Kak Ct kalau jumpa Kak Aini, 
mesti pecah perut aku gelak..
Dua2 lawak,..
Dia la kakak yg paling spoting pernah aku jumpa,,

Hah? Ada apa2 dia cakap tak baik di belakangku?
Ada aku ambil kesah?
Bagiku, selagi telingaku sendiri tak dengar apa2 yg buruk dia perlakukan terhadapku,
Aku akan anggap dia yang terbaik bagiku.

Kak Ct...
Sekiranya Kak Ct terjumpa blog ni,
Baca la..
Komen la..
Maafkan seandainya terdapat kekasaran, kekurangan, kelemahan, ketidaksempurnaan dalam diri ini...
Harap tali silaturahim antara kita kekal hingga akhir hayat... 


Saya sayang Kak Ct.....

Ahad, 17 Mac 2013

Buang kawan???

Assalammualaikum Encik Key..

Pagi ni dalam sejarah,dia memarahiku. Katanya 'Sila pergi jauh dari saya..."
Dia sangat marah bila aku menolak perlawaannya...
Aku anggap dia lah sahabatku dunia akhirat sebab dia sahaja satu2 nya lelaki yang memahamiku..
Tapi apakan daya, hari ni, 18 March 2013, jam 2.01pagi, dia mula berkasar denganku.
Kata2 indah yg selalu keluar dari mulutnya bertukar kata2 yg sakit bila mendengarnya..
Perasaan marah bercampur sedih membuatkan aku menangis..
Menangis mengenangkan nasib di mana kawan baikku sendiri, tidak lagi memahami diri ini..
Dia yang aku mula anggap lain dari lelaki lain, sudah mula berubah..
Perwatakan nya sama sahaja seperti lelaki2 yg ku kenal..
Aku cuma mahu dia menghormatiku seperti dia menghormati ibu dan kakak2nya..
Aku tidak suruh dia tunduk padaku..
Aku hanya mahu dia ber...hurm...biarlah..aku malas mahu berkata yg kurang enak di entry aku ini....

p/s: Allah Maha Pengampun :)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Saya Rindukan Awak !!!

"Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang..."






bolehkah saya hidup dengan perasaan dendam ni?
bolehkah saya maafkan awak setelah apa yang awak dah lakukan pada saya?
kenapa semua terjadi pada saya?
awak memang perampas!!!
itu yang saya nak jerit bila saya jumpa awak....
tapi, kenapa bila kita bertemu...hanya yang baik2 je yang saya nampak kat awak...
kenapa perasaan marah, dendam, benci saya kat awak hilang?
saya yakin saya masih marahkan awak...
tapi, saya tak dapat nak marahkan awak...
saya tak dapat nak lukakan hati awak...
bukan sebab saya takut...
sebab, banyak sangat kenangan manis saya dengan awak...
perkenalan singkat saya dan awak
membentuk suatu hubungan yang akrab...
awak kawan baik saya
saya sayang awak
saya pernah janji tak akan menyakiti hati awak
dan tak sanggup melihat awak di buli...
saya takkan anggap awak jahat walaupun awak pernah kata yg orang kata awak gedik
saya pernah berjanji akan sentiasa sayang awak
saya sayang awak
sayang sangat2
awak kawan baik saya
tapi kenapa ya
kenapa awak sanggup luahkan perasaan yang awak sayangkan DIA
kenapa awak sanggup korbankan persahabatan hanya kerana DIA?
saya sayang awak
sayang persahabatan kita berdua
awak tahu tak, sebab pengakuan awak hari tu...
dan pengakuan DIA malam tu...
dah meragut kepercayaan saya kat awak..
Saya rindukan awak...
saya tak nak hilang kepercayaan kat awak
saya tak nak benci kat awak
tapi
sebab awak mengaku awak sukakan DIA..
awak dah tahu yang saya yang mula2 sukakan DIA..
awak macam GUNTING DALAM LIPATAN
awak buat saya BENCI awak
saya dipersalahkan
saya dipandang hina
sebab saya tak sesopan awak
saya sedar, saya tetap akan dipersalahkan...
sampaikan ada nak nyah saya dalam hidup awak dan DIA..
awak takkan faham maksud saya..
lepas saya dapat tahu perasaan awak dekat DIA..
ada orang warning saya supaya jauhkan diri saya dari awak
awak tahu tak, mula2 saya kecewa bila awak sukakan DIA
dan sekarang, orang tu pula tak bagi saya kawan dengan awak
sebenarnya apa tujuan mereka?
mereka semua ada agenda utk pisahkan kita...
awak, saya dah pesan banyak kali kat awak, hati2
tapi, awak ingat saya nak main2kan awak
takut2 kan awak
erm...ok lah...saya diamkan aja awak ngn DIA..
dan saya rapat dengan B
hubungan saya dengan B semakin rapat...
dan saya tahu, awak perasan akan sikap saya kat awak
saya macam nampak x nampak je ngan awak
saya dah janji dengan orang tu, 
saya takkan rapat dengan awak
sebab
orang tu taruhkan maruah awak
maruah awak jadi taruhan kalau saya cuba dekati awak
awak, saya sayang awak
memang nampak macam cerita ni tak logik
memang x ade sape akan baca diari hati encik key ni..
saya tak tahu sama ada orang tu akan baca diari ni atau x..
apa pun, saya tetap akan cakap yang
saya sayangkan hubungan persahabatan yang kita bina dulu..
hurm...kenapa ye, bila hati saya mula memaafkan awak
mula lupakan apa yang berlaku antara kita tu
tetiba, saya nampak sesuatu....
saya nampak hubungan intim awak dengan B
awak mula2 minta nombor telefon B dari saya
pastu awak komen2 kat FB dengan B
saya tak percaya
perempuan yang saya anggap lemah lembut, sopan santun....
tapi, sanggup TIKAM BELAKANG KAWAN
kawan baik...
hubungan saya dengan B semakin renggang
begitu juga hubungan saya dengan DIA
dan awak...
dapat kedua2 lelaki yang pernah membuat saya gembira...
kenapa awak buat saya macam ni?
saya bukan jenis rebut lelaki...tapi saya tak tahu kenapa sanggup awak buat camtu kat saya..
kadang2 saya tertanya, saya pernah kenal awak ke dahulu?
pernah ke saya melukakan hati awak dahulu?
pernah ke saya bermusuh dengan awak dahulu?
saya TIDAK kenal awak sebelum ni..
saya TIDAK pernah melukakan hati awak
dan 
saya TIDAK pernah bermusuh dengan awak...
kenapa awak seakan2 membalas dendam...seakan2 tak boleh
tengok saya bahagia..
saya dengan B tak de kacau hubungan awak dengan DIA..
tapi, kenapa awak rampas B dari saya?
sebab DIA tinggalkan awak?
sebab DIA bagitahu awak yang dia sebenarnya TIDAK serius akan menikahi awak?
awak...apa pun alasannya, tolong jangan rampas kebahagiaan saya...
tolonglah awak...
awak tahu saya sayang awak..
sayang sangat2...
sampaikan saya terpaksa BLOCK awak dari FB saya
sebab saya akan bertambah benci melihat komen2 awak dengan B...
saya taknak ingat perkara yang membuatkan saya benci awak...
jadi saya berdoa agar satu hari nanti bila saya jumpa awak
saya akan ingat yang baik2 tentang awak..
saya sayang awak, ...
jahat mana awak kat saya...
dengki mana awak kat saya...
benci mana saya kat awak...
walaupun saya sakit hati melihat awak sekarang...
tapi, jauh di sudut hati saya..
saya harap hubungan persahabatan kita takkan putus,,,
malah saya harap, 
awak juga merasakan sama seperti apa yang saya rasa..
saya sayang awak,........Kiki..

Khamis, 2 Ogos 2012

Alhamdulillah.....

Assalammualaikum, En.Key..Mira sangat2 happy...
semalam kan....2hb Ogos, Mira pergi Jusco Taman Universiti...
Mira teringin sangat nak beli VCD Oliver Twist..setahun yang lepas, Mira xcukup duit lagi,
dan semalam, Mira dapat beli VCD tu... :)
lepas tu kan, Mira terserempak dengan Buah Hati Mira....hehe... sangat2 rindukan dia...
tapi Mira tengok dari jauh je....
Dan malamnye....lepas balik dari Jusco...Mira dapat keputusan periksa Mira...
Alhamdulillah........Mira lulus En.Key...
ni bermakna...Mira dah boleh konvo....Alhamdulillah...Terima kasih Allah...
ok la...Mira nak online fb..nanti Mira story lagi,...Bye..Muah!

Rabu, 1 Ogos 2012

Awak!!!!

Mira rindukan awak!
Mira teringatkan awak!
Mira sayangkan awak!
Mira nak jumpa awak!




Tapi, awak da pergi buat selamanya...
Mcm mana Mira nak jumpa awak???
Dalam mimpi???




Awak, Mira tahu orang dah meninggal takkan dapat baca semua ni....
Tapi, Mira tetap akan tuliskan untuk awak...
En.Key akan bacakan untuk awak......




Saka awak selalu muncul...
Selalu bersama saya...
Selalu menghampiri saya...
Saya tahu awak masih mahu menjaga saya walaupun jasad awak tiada lagi....




Saya nak awk tahu, saya amat mencintai awak...
Susah saya nak lupakan kenangan kita berdua...
Banyak sangat, 
Awak membuatkan hidup saya ceria....
Saya sayangkan awak....




Tapi, kenapa awak pergi?
Kenapa tiba2 kawan awak telefon saya?
Kenapa tiba2 saya di beritahu awak kemalangan?
Kenapa awak x jaga diri awak untuk bersama saya?
Kenapa awak?




Awak tahu tak perasaan saya semasa mendapat berita awk dah x ada...
Jantung bagai terhenti sekejap...
Saya betul2 dah putus harapan, buat apa saya hidup????
Selama ni awak yang menggembirakan saya...
Menjadi kekasih saya.........
Tapi kenapa sekarang awak pergi meninggalkan saya.....??




Kematian awak yang mengejut, xdapat saya terima.....
Saya akan terus mengingati awak...
terus mencintai awak....
terus merindui awak.....




En.Key, entry ni mira tujukan kat seseorang yang Mira sayang selamanya.....
walaupun Mira tahu, dia dah tak ada kat dunia ni lagi untuk baca semua ni......
Hanya luahan hati Mira dalam diari En.Key.....




Gambar kenangan bersama awak!


Perasaan Perempuan & Hukum Karma


Mulanya mira tak faham,kenapa orang perempuan selalu marah bila pasangannya mempunyai hubungan dengan perempuan lain, yang peliknya kenapa perlu marah perempuan lain tu, yang curangnye kan si lelaki...Manalah tahu, perempuan lain tu xtahu status lelaki tu..ataupun perempuan tu xberniat nak bercinta dengan lelaki tu, tapi lelaki tu merayu dan kata hubungannya bermasalah...siapa tahu? Allah yang Maha Mengetahui..
Terus mira bayangkan kalau mira yang terkena, baru mira faham perasaan perempuan yang dicurangi pasangannya..Mesti Mira tak fikir panjang terus 'cop' perempuan yang ada hubungan dengan pasangan mira tu 'perempuan gatal'...tanpa soal selidik, tanpa menyalahkan si lelaki..
Dan bila mira berfikir sejenak, baru Mira dapat jawapan dari persoalan Mira, orang perempuan bila dapat tahu dirinya dicurangi pasangan, dia akan marahkan perempuan yg berhubungan dengan pasangannya sebab, dalam hati tak ada perempuan tu, dalam hati cuma ada pasangannya. Logiklah kalau marah pada org yg tak ada dalam hati..dan sebab perempuan tak marah sangat kat pasangannya sebab, dalam hati masih ada sayang...sayang yang menutupi setiap kecurangan,...
SubhanaAllah, Hukum Karma sentiasa ada..Allah Maha Adil, bila2 masa sahaja kita akan dapat balasan dengan apa yg telah kita lakukan..Kalau xdapat kat dunia, dapat kat akhirat...Tak kira lah, balasan baik, mahupun buruk...Hukum Karma..
Nasihat Mira pada diri mira dan En.Key, jangan terlalu mencintai orang, sebab bila dia buat kesalahan, mata kita akan gelap dan kita tak nampak kesalahan yang dia lakukan..bagi kita, dialah pasangan yang paling baik...Dan ingatlah akan adanya Allah yang Maha Adil...setiap apa yang kita lakukan akan ada balasan..

P/S: En.key, mira tak tahu samada masalah mira dengan Cik Kuning tu Hukum Karma ataupun...
Maafkan Mira sebab masih memikirkan masalah lama...



Ahad, 29 Julai 2012

Pengalaman Praktikal Vol 1

Assalammualaikum, Encik Key.
Mira nak cerita tentang pengalaman mira praktikal kat UDA Pertama Sdn.Bhd. Mira dapat praktikal kat situ atas bantuan mak cik sedara mira, Cik Rehan.

Ini la Cik Rehan yang baik hati menolong mira tu...=)
Hari pertama mira berpraktikal, mira diarahkan untuk melapor diri di UDA Holdings Berhad yang berada di Bukit Bintang Plaza. Mira pergi awal pagi, pukul 7.30 pagi mira dah sampai ke pejabat, tetapi di tahan oleh pak guard kerana terlalu awal lalu disuruhnya mira minum2 dahulu...=(
Mira pun singgah di Mc Donald berhampiran, dan  membeli sekeping apple pie utk menjadi sarapan mira..

lepas tu, mira lapor diri di tingkat 11 di mana mira perlu berjumpa En.Mohd Ami Dalail. tapi, setibanya mira kat tingkat 11, mira bertemu dengan pelatih industri yang lain, namanya Roslina..

Ini lah Ros, muka dia comel macam Emelda kan? 
Ros ditempatkan di pejabat Cik Rehan manakala mira pula ditempatkan di UDA Pertama yg terletak kat Kompleks Pertama. Masa hari pertama, mira ngan ros kena join group SKIM menjalani sesi latihan motivasi. Kami disuruh memperkenalkan diri dihadapan orang ramai. Mira rasa sangat selekeh masa tu, jadi macam janggal la nak berdiri depan orang ramai. Selepas sesi perkenalan diri, kami main tali2 dan main pensel. Lepas lunch, mira bergegas ke UDA Pertama untuk berjumpa Pn.Maznah

Pn.Maznah Malek atau dikenali sebagai MM yang amat di'hormati' oleh staff UDA Pertama. Beliau merupakan majikan yang amat berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan dalam kerja. Haruslah berfikiran  positif dengan bekas majikan :)
Setelah diberikan tempat duduk sementara dihadapan bilik MM, mira di berikan tugasan pertama iaitu menyemak semula surat yang disediakan oleh staff lain. Kak Ayu merupakan staff pertama yang mira kenal..

Kak Ayu sangat baik dan merendah diri..dia sangat2 patuh akan arahan MM. Kak Ayu mempunyai anak yg comel...nak tengok anak kak Ayu? ni dia...sempat mira snap tau...keletah comel si dia membuat kami di office ketawa.. ^_^

Kak Ayu memperkenalkan mira pada staff di UDA Pertama.. Ni gambar mereka semua..Staff yang berdedikasi dan ceria semasa melakukan tugasan.. Mira amat terkesima bila dapat berkenalan dengan mereka...

Mereka sangat2 peramah dan saling membantu. Perkenalan Mira dengan mereka hanya setakat 2 bulan. tanggal 31 Mei 2012, semuanya berakhir... sob..sob...='(
Mira ditempatkan di bahagian kewangan, tapi pada masa Mira masuk tu masih ada lagi pelatih industri di bahagian kewangan, jadi tempat duduk sementara mira dekat depan bilik MM...huhu...risau...mira kan tak fokus...tapi, best duduk dekat ngn Salmah dan Kak Wani..siapa mereka? mereka lah....kawan2 mira...

Cik Salmah yang peramah... Comel kan..dia la penyeri  kami... :)
Kak Wani, sangat baik...seorang kakak yang sangat sayangkan adiknya...kak wani sangat faham perangai mira...

ni tempat duduk sementara yang mira gtaw tadi..jujur mira cakap, komputer kat situ xboleh guna dan..hampir sebulan mira duduk kat tempat ni..huhu..kerja mira kat dalam bilik finance...

Mira ditugaskan utk menyusun semula dokumen yang bersepah...hehe...apa pun, best buat kerja ni...
Mira ditempatkan di dalam bilik kewangan setelah Que habis tempoh latihan industri.. nak tahu siapa jejaka kacak bernama Que ni? hah...ni pun pic dia...

Que suke tangkap gambar gune kamera DSLRnye.. tapi, mira pulak suke tangkap gambar gune hp SONYnye...hehe..mira ne ade duit nk beli kamera mcm Que...hehe...
Dalam bilik finance, mira bekerja dengan Kak Ida, Abg Hasrul dan Mami..Kak In selalu masuk bilik finance untuk buat kerja..Ni gambar mereka berempat..mereka lah yang mengajar Mira selama Mira praktikal kat UDA Pertama..merekalah CIKGU mira..

Kak Ida...atau kakak kesayangan Que..hehe..kak ida sangat baik dan orangnye profesional..dia takkan mencampur adukkan peribadi dengan kerjanya..kak ida banyak mengajar mira tentang kerja2 di dalam bilik finance..syg sgt kak ida sebab banyak pesanan dan teguran positif kak ida kat mira..terima kasih ya,.=)

Abg Hasrul merupakan cikgu pertama mira kat office ni.. Abg Hasrul banyak ajar mira tentang cara buat cek.. Abg Hasrul bukan sahaja mengajar di office...bahkan, luar office pun nak di ajarnye...?? Malas la nak cter kat En.key..nanti merajuk pulak..hehe..apapun, thanks Abg Hasrul....Cikgu yg baik utk Mira..Cter sini habis sini yer....

Mami Lee...selalu sangat ajar mira buat resit..memang susah berurusan dengan Chinese, tp mira senang faham apa mami cakap dan ajar..mami macam mak mira sebab mami pernah tolong jahitkan baju mira tau...hehee..  Ambooooi...trademark Mami...
Kak In da banyak tolong mira...dari mira ZERO ke 99%..cewah...hehe..apapun, banyak jasa kak in kat mira..ilmunya..sungguh bermakna..apapun, terima kasih kak in...=)

oklah...buaat masa ni..ni dulu lah yang mira cerita...dah nak masuk waktu berbuka ni...nanti mira sambung cerita kat Encik Key lagi okay...salam...:)