Assalammualaikum, Encik Key.
Mira nak cerita tentang pengalaman mira praktikal kat UDA Pertama Sdn.Bhd. Mira dapat praktikal kat situ atas bantuan mak cik sedara mira, Cik Rehan.
![]() |
| Ini la Cik Rehan yang baik hati menolong mira tu...=) |
Hari pertama mira berpraktikal, mira diarahkan untuk melapor diri di UDA Holdings Berhad yang berada di Bukit Bintang Plaza. Mira pergi awal pagi, pukul 7.30 pagi mira dah sampai ke pejabat, tetapi di tahan oleh pak guard kerana terlalu awal lalu disuruhnya mira minum2 dahulu...=(
Mira pun singgah di Mc Donald berhampiran, dan membeli sekeping apple pie utk menjadi sarapan mira..
lepas tu, mira lapor diri di tingkat 11 di mana mira perlu berjumpa En.Mohd Ami Dalail. tapi, setibanya mira kat tingkat 11, mira bertemu dengan pelatih industri yang lain, namanya Roslina..
![]() |
| Ini lah Ros, muka dia comel macam Emelda kan? |
Ros ditempatkan di pejabat Cik Rehan manakala mira pula ditempatkan di UDA Pertama yg terletak kat Kompleks Pertama. Masa hari pertama, mira ngan ros kena join group SKIM menjalani sesi latihan motivasi. Kami disuruh memperkenalkan diri dihadapan orang ramai. Mira rasa sangat selekeh masa tu, jadi macam janggal la nak berdiri depan orang ramai. Selepas sesi perkenalan diri, kami main tali2 dan main pensel. Lepas lunch, mira bergegas ke UDA Pertama untuk berjumpa Pn.Maznah.
Setelah diberikan tempat duduk sementara dihadapan bilik MM, mira di berikan tugasan pertama iaitu menyemak semula surat yang disediakan oleh staff lain. Kak Ayu merupakan staff pertama yang mira kenal..
Kak Ayu sangat baik dan merendah diri..dia sangat2 patuh akan arahan MM. Kak Ayu mempunyai anak yg comel...nak tengok anak kak Ayu? ni dia...sempat mira snap tau...keletah comel si dia membuat kami di office ketawa.. ^_^
Kak Ayu memperkenalkan mira pada staff di UDA Pertama.. Ni gambar mereka semua..Staff yang berdedikasi dan ceria semasa melakukan tugasan.. Mira amat terkesima bila dapat berkenalan dengan mereka...
Mereka sangat2 peramah dan saling membantu. Perkenalan Mira dengan mereka hanya setakat 2 bulan. tanggal 31 Mei 2012, semuanya berakhir... sob..sob...='(
|
Mira ditempatkan di bahagian kewangan, tapi pada masa Mira masuk tu masih ada lagi pelatih industri di bahagian kewangan, jadi tempat duduk sementara mira dekat depan bilik MM...huhu...risau...mira kan tak fokus...tapi, best duduk dekat ngn Salmah dan Kak Wani..siapa mereka? mereka lah....kawan2 mira...
![]() |
| Cik Salmah yang peramah... Comel kan..dia la penyeri kami... :) |
![]() |
| Kak Wani, sangat baik...seorang kakak yang sangat sayangkan adiknya...kak wani sangat faham perangai mira... |
ni tempat duduk sementara yang mira gtaw tadi..jujur mira cakap, komputer kat situ xboleh guna dan..hampir sebulan mira duduk kat tempat ni..huhu..kerja mira kat dalam bilik finance...
![]() |
| Mira ditugaskan utk menyusun semula dokumen yang bersepah...hehe...apa pun, best buat kerja ni... |
Mira ditempatkan di dalam bilik kewangan setelah Que habis tempoh latihan industri.. nak tahu siapa jejaka kacak bernama Que ni? hah...ni pun pic dia...
| Que suke tangkap gambar gune kamera DSLRnye.. tapi, mira pulak suke tangkap gambar gune hp SONYnye...hehe..mira ne ade duit nk beli kamera mcm Que...hehe... |
Dalam bilik finance, mira bekerja dengan Kak Ida, Abg Hasrul dan Mami..Kak In selalu masuk bilik finance untuk buat kerja..Ni gambar mereka berempat..mereka lah yang mengajar Mira selama Mira praktikal kat UDA Pertama..merekalah CIKGU mira..
![]() |
| Kak In da banyak tolong mira...dari mira ZERO ke 99%..cewah...hehe..apapun, banyak jasa kak in kat mira..ilmunya..sungguh bermakna..apapun, terima kasih kak in...=) |
oklah...buaat masa ni..ni dulu lah yang mira cerita...dah nak masuk waktu berbuka ni...nanti mira sambung cerita kat Encik Key lagi okay...salam...:)












Tiada ulasan:
Catat Ulasan