aku adalah aku

aku adalah aku

1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 4 Ogos 2012

Saya Rindukan Awak !!!

"Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang..."






bolehkah saya hidup dengan perasaan dendam ni?
bolehkah saya maafkan awak setelah apa yang awak dah lakukan pada saya?
kenapa semua terjadi pada saya?
awak memang perampas!!!
itu yang saya nak jerit bila saya jumpa awak....
tapi, kenapa bila kita bertemu...hanya yang baik2 je yang saya nampak kat awak...
kenapa perasaan marah, dendam, benci saya kat awak hilang?
saya yakin saya masih marahkan awak...
tapi, saya tak dapat nak marahkan awak...
saya tak dapat nak lukakan hati awak...
bukan sebab saya takut...
sebab, banyak sangat kenangan manis saya dengan awak...
perkenalan singkat saya dan awak
membentuk suatu hubungan yang akrab...
awak kawan baik saya
saya sayang awak
saya pernah janji tak akan menyakiti hati awak
dan tak sanggup melihat awak di buli...
saya takkan anggap awak jahat walaupun awak pernah kata yg orang kata awak gedik
saya pernah berjanji akan sentiasa sayang awak
saya sayang awak
sayang sangat2
awak kawan baik saya
tapi kenapa ya
kenapa awak sanggup luahkan perasaan yang awak sayangkan DIA
kenapa awak sanggup korbankan persahabatan hanya kerana DIA?
saya sayang awak
sayang persahabatan kita berdua
awak tahu tak, sebab pengakuan awak hari tu...
dan pengakuan DIA malam tu...
dah meragut kepercayaan saya kat awak..
Saya rindukan awak...
saya tak nak hilang kepercayaan kat awak
saya tak nak benci kat awak
tapi
sebab awak mengaku awak sukakan DIA..
awak dah tahu yang saya yang mula2 sukakan DIA..
awak macam GUNTING DALAM LIPATAN
awak buat saya BENCI awak
saya dipersalahkan
saya dipandang hina
sebab saya tak sesopan awak
saya sedar, saya tetap akan dipersalahkan...
sampaikan ada nak nyah saya dalam hidup awak dan DIA..
awak takkan faham maksud saya..
lepas saya dapat tahu perasaan awak dekat DIA..
ada orang warning saya supaya jauhkan diri saya dari awak
awak tahu tak, mula2 saya kecewa bila awak sukakan DIA
dan sekarang, orang tu pula tak bagi saya kawan dengan awak
sebenarnya apa tujuan mereka?
mereka semua ada agenda utk pisahkan kita...
awak, saya dah pesan banyak kali kat awak, hati2
tapi, awak ingat saya nak main2kan awak
takut2 kan awak
erm...ok lah...saya diamkan aja awak ngn DIA..
dan saya rapat dengan B
hubungan saya dengan B semakin rapat...
dan saya tahu, awak perasan akan sikap saya kat awak
saya macam nampak x nampak je ngan awak
saya dah janji dengan orang tu, 
saya takkan rapat dengan awak
sebab
orang tu taruhkan maruah awak
maruah awak jadi taruhan kalau saya cuba dekati awak
awak, saya sayang awak
memang nampak macam cerita ni tak logik
memang x ade sape akan baca diari hati encik key ni..
saya tak tahu sama ada orang tu akan baca diari ni atau x..
apa pun, saya tetap akan cakap yang
saya sayangkan hubungan persahabatan yang kita bina dulu..
hurm...kenapa ye, bila hati saya mula memaafkan awak
mula lupakan apa yang berlaku antara kita tu
tetiba, saya nampak sesuatu....
saya nampak hubungan intim awak dengan B
awak mula2 minta nombor telefon B dari saya
pastu awak komen2 kat FB dengan B
saya tak percaya
perempuan yang saya anggap lemah lembut, sopan santun....
tapi, sanggup TIKAM BELAKANG KAWAN
kawan baik...
hubungan saya dengan B semakin renggang
begitu juga hubungan saya dengan DIA
dan awak...
dapat kedua2 lelaki yang pernah membuat saya gembira...
kenapa awak buat saya macam ni?
saya bukan jenis rebut lelaki...tapi saya tak tahu kenapa sanggup awak buat camtu kat saya..
kadang2 saya tertanya, saya pernah kenal awak ke dahulu?
pernah ke saya melukakan hati awak dahulu?
pernah ke saya bermusuh dengan awak dahulu?
saya TIDAK kenal awak sebelum ni..
saya TIDAK pernah melukakan hati awak
dan 
saya TIDAK pernah bermusuh dengan awak...
kenapa awak seakan2 membalas dendam...seakan2 tak boleh
tengok saya bahagia..
saya dengan B tak de kacau hubungan awak dengan DIA..
tapi, kenapa awak rampas B dari saya?
sebab DIA tinggalkan awak?
sebab DIA bagitahu awak yang dia sebenarnya TIDAK serius akan menikahi awak?
awak...apa pun alasannya, tolong jangan rampas kebahagiaan saya...
tolonglah awak...
awak tahu saya sayang awak..
sayang sangat2...
sampaikan saya terpaksa BLOCK awak dari FB saya
sebab saya akan bertambah benci melihat komen2 awak dengan B...
saya taknak ingat perkara yang membuatkan saya benci awak...
jadi saya berdoa agar satu hari nanti bila saya jumpa awak
saya akan ingat yang baik2 tentang awak..
saya sayang awak, ...
jahat mana awak kat saya...
dengki mana awak kat saya...
benci mana saya kat awak...
walaupun saya sakit hati melihat awak sekarang...
tapi, jauh di sudut hati saya..
saya harap hubungan persahabatan kita takkan putus,,,
malah saya harap, 
awak juga merasakan sama seperti apa yang saya rasa..
saya sayang awak,........Kiki..

Khamis, 2 Ogos 2012

Alhamdulillah.....

Assalammualaikum, En.Key..Mira sangat2 happy...
semalam kan....2hb Ogos, Mira pergi Jusco Taman Universiti...
Mira teringin sangat nak beli VCD Oliver Twist..setahun yang lepas, Mira xcukup duit lagi,
dan semalam, Mira dapat beli VCD tu... :)
lepas tu kan, Mira terserempak dengan Buah Hati Mira....hehe... sangat2 rindukan dia...
tapi Mira tengok dari jauh je....
Dan malamnye....lepas balik dari Jusco...Mira dapat keputusan periksa Mira...
Alhamdulillah........Mira lulus En.Key...
ni bermakna...Mira dah boleh konvo....Alhamdulillah...Terima kasih Allah...
ok la...Mira nak online fb..nanti Mira story lagi,...Bye..Muah!

Rabu, 1 Ogos 2012

Awak!!!!

Mira rindukan awak!
Mira teringatkan awak!
Mira sayangkan awak!
Mira nak jumpa awak!




Tapi, awak da pergi buat selamanya...
Mcm mana Mira nak jumpa awak???
Dalam mimpi???




Awak, Mira tahu orang dah meninggal takkan dapat baca semua ni....
Tapi, Mira tetap akan tuliskan untuk awak...
En.Key akan bacakan untuk awak......




Saka awak selalu muncul...
Selalu bersama saya...
Selalu menghampiri saya...
Saya tahu awak masih mahu menjaga saya walaupun jasad awak tiada lagi....




Saya nak awk tahu, saya amat mencintai awak...
Susah saya nak lupakan kenangan kita berdua...
Banyak sangat, 
Awak membuatkan hidup saya ceria....
Saya sayangkan awak....




Tapi, kenapa awak pergi?
Kenapa tiba2 kawan awak telefon saya?
Kenapa tiba2 saya di beritahu awak kemalangan?
Kenapa awak x jaga diri awak untuk bersama saya?
Kenapa awak?




Awak tahu tak perasaan saya semasa mendapat berita awk dah x ada...
Jantung bagai terhenti sekejap...
Saya betul2 dah putus harapan, buat apa saya hidup????
Selama ni awak yang menggembirakan saya...
Menjadi kekasih saya.........
Tapi kenapa sekarang awak pergi meninggalkan saya.....??




Kematian awak yang mengejut, xdapat saya terima.....
Saya akan terus mengingati awak...
terus mencintai awak....
terus merindui awak.....




En.Key, entry ni mira tujukan kat seseorang yang Mira sayang selamanya.....
walaupun Mira tahu, dia dah tak ada kat dunia ni lagi untuk baca semua ni......
Hanya luahan hati Mira dalam diari En.Key.....




Gambar kenangan bersama awak!


Perasaan Perempuan & Hukum Karma


Mulanya mira tak faham,kenapa orang perempuan selalu marah bila pasangannya mempunyai hubungan dengan perempuan lain, yang peliknya kenapa perlu marah perempuan lain tu, yang curangnye kan si lelaki...Manalah tahu, perempuan lain tu xtahu status lelaki tu..ataupun perempuan tu xberniat nak bercinta dengan lelaki tu, tapi lelaki tu merayu dan kata hubungannya bermasalah...siapa tahu? Allah yang Maha Mengetahui..
Terus mira bayangkan kalau mira yang terkena, baru mira faham perasaan perempuan yang dicurangi pasangannya..Mesti Mira tak fikir panjang terus 'cop' perempuan yang ada hubungan dengan pasangan mira tu 'perempuan gatal'...tanpa soal selidik, tanpa menyalahkan si lelaki..
Dan bila mira berfikir sejenak, baru Mira dapat jawapan dari persoalan Mira, orang perempuan bila dapat tahu dirinya dicurangi pasangan, dia akan marahkan perempuan yg berhubungan dengan pasangannya sebab, dalam hati tak ada perempuan tu, dalam hati cuma ada pasangannya. Logiklah kalau marah pada org yg tak ada dalam hati..dan sebab perempuan tak marah sangat kat pasangannya sebab, dalam hati masih ada sayang...sayang yang menutupi setiap kecurangan,...
SubhanaAllah, Hukum Karma sentiasa ada..Allah Maha Adil, bila2 masa sahaja kita akan dapat balasan dengan apa yg telah kita lakukan..Kalau xdapat kat dunia, dapat kat akhirat...Tak kira lah, balasan baik, mahupun buruk...Hukum Karma..
Nasihat Mira pada diri mira dan En.Key, jangan terlalu mencintai orang, sebab bila dia buat kesalahan, mata kita akan gelap dan kita tak nampak kesalahan yang dia lakukan..bagi kita, dialah pasangan yang paling baik...Dan ingatlah akan adanya Allah yang Maha Adil...setiap apa yang kita lakukan akan ada balasan..

P/S: En.key, mira tak tahu samada masalah mira dengan Cik Kuning tu Hukum Karma ataupun...
Maafkan Mira sebab masih memikirkan masalah lama...



Ahad, 29 Julai 2012

Pengalaman Praktikal Vol 1

Assalammualaikum, Encik Key.
Mira nak cerita tentang pengalaman mira praktikal kat UDA Pertama Sdn.Bhd. Mira dapat praktikal kat situ atas bantuan mak cik sedara mira, Cik Rehan.

Ini la Cik Rehan yang baik hati menolong mira tu...=)
Hari pertama mira berpraktikal, mira diarahkan untuk melapor diri di UDA Holdings Berhad yang berada di Bukit Bintang Plaza. Mira pergi awal pagi, pukul 7.30 pagi mira dah sampai ke pejabat, tetapi di tahan oleh pak guard kerana terlalu awal lalu disuruhnya mira minum2 dahulu...=(
Mira pun singgah di Mc Donald berhampiran, dan  membeli sekeping apple pie utk menjadi sarapan mira..

lepas tu, mira lapor diri di tingkat 11 di mana mira perlu berjumpa En.Mohd Ami Dalail. tapi, setibanya mira kat tingkat 11, mira bertemu dengan pelatih industri yang lain, namanya Roslina..

Ini lah Ros, muka dia comel macam Emelda kan? 
Ros ditempatkan di pejabat Cik Rehan manakala mira pula ditempatkan di UDA Pertama yg terletak kat Kompleks Pertama. Masa hari pertama, mira ngan ros kena join group SKIM menjalani sesi latihan motivasi. Kami disuruh memperkenalkan diri dihadapan orang ramai. Mira rasa sangat selekeh masa tu, jadi macam janggal la nak berdiri depan orang ramai. Selepas sesi perkenalan diri, kami main tali2 dan main pensel. Lepas lunch, mira bergegas ke UDA Pertama untuk berjumpa Pn.Maznah

Pn.Maznah Malek atau dikenali sebagai MM yang amat di'hormati' oleh staff UDA Pertama. Beliau merupakan majikan yang amat berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan dalam kerja. Haruslah berfikiran  positif dengan bekas majikan :)
Setelah diberikan tempat duduk sementara dihadapan bilik MM, mira di berikan tugasan pertama iaitu menyemak semula surat yang disediakan oleh staff lain. Kak Ayu merupakan staff pertama yang mira kenal..

Kak Ayu sangat baik dan merendah diri..dia sangat2 patuh akan arahan MM. Kak Ayu mempunyai anak yg comel...nak tengok anak kak Ayu? ni dia...sempat mira snap tau...keletah comel si dia membuat kami di office ketawa.. ^_^

Kak Ayu memperkenalkan mira pada staff di UDA Pertama.. Ni gambar mereka semua..Staff yang berdedikasi dan ceria semasa melakukan tugasan.. Mira amat terkesima bila dapat berkenalan dengan mereka...

Mereka sangat2 peramah dan saling membantu. Perkenalan Mira dengan mereka hanya setakat 2 bulan. tanggal 31 Mei 2012, semuanya berakhir... sob..sob...='(
Mira ditempatkan di bahagian kewangan, tapi pada masa Mira masuk tu masih ada lagi pelatih industri di bahagian kewangan, jadi tempat duduk sementara mira dekat depan bilik MM...huhu...risau...mira kan tak fokus...tapi, best duduk dekat ngn Salmah dan Kak Wani..siapa mereka? mereka lah....kawan2 mira...

Cik Salmah yang peramah... Comel kan..dia la penyeri  kami... :)
Kak Wani, sangat baik...seorang kakak yang sangat sayangkan adiknya...kak wani sangat faham perangai mira...

ni tempat duduk sementara yang mira gtaw tadi..jujur mira cakap, komputer kat situ xboleh guna dan..hampir sebulan mira duduk kat tempat ni..huhu..kerja mira kat dalam bilik finance...

Mira ditugaskan utk menyusun semula dokumen yang bersepah...hehe...apa pun, best buat kerja ni...
Mira ditempatkan di dalam bilik kewangan setelah Que habis tempoh latihan industri.. nak tahu siapa jejaka kacak bernama Que ni? hah...ni pun pic dia...

Que suke tangkap gambar gune kamera DSLRnye.. tapi, mira pulak suke tangkap gambar gune hp SONYnye...hehe..mira ne ade duit nk beli kamera mcm Que...hehe...
Dalam bilik finance, mira bekerja dengan Kak Ida, Abg Hasrul dan Mami..Kak In selalu masuk bilik finance untuk buat kerja..Ni gambar mereka berempat..mereka lah yang mengajar Mira selama Mira praktikal kat UDA Pertama..merekalah CIKGU mira..

Kak Ida...atau kakak kesayangan Que..hehe..kak ida sangat baik dan orangnye profesional..dia takkan mencampur adukkan peribadi dengan kerjanya..kak ida banyak mengajar mira tentang kerja2 di dalam bilik finance..syg sgt kak ida sebab banyak pesanan dan teguran positif kak ida kat mira..terima kasih ya,.=)

Abg Hasrul merupakan cikgu pertama mira kat office ni.. Abg Hasrul banyak ajar mira tentang cara buat cek.. Abg Hasrul bukan sahaja mengajar di office...bahkan, luar office pun nak di ajarnye...?? Malas la nak cter kat En.key..nanti merajuk pulak..hehe..apapun, thanks Abg Hasrul....Cikgu yg baik utk Mira..Cter sini habis sini yer....

Mami Lee...selalu sangat ajar mira buat resit..memang susah berurusan dengan Chinese, tp mira senang faham apa mami cakap dan ajar..mami macam mak mira sebab mami pernah tolong jahitkan baju mira tau...hehee..  Ambooooi...trademark Mami...
Kak In da banyak tolong mira...dari mira ZERO ke 99%..cewah...hehe..apapun, banyak jasa kak in kat mira..ilmunya..sungguh bermakna..apapun, terima kasih kak in...=)

oklah...buaat masa ni..ni dulu lah yang mira cerita...dah nak masuk waktu berbuka ni...nanti mira sambung cerita kat Encik Key lagi okay...salam...:)



Sabtu, 28 Julai 2012

Azam Baru Bulan Ramadhan ^_^

Assalammualaikum, Encik Key. Hehe...tak sangka kita ber'relationship' kat facebook kan..amboi Encik Key..pandai ye sekarang bercinta-cinta..Encik Key, mira nak cerita sikit tentang Ramadhan kali ini...tahun ni sedar tak sedar baru pertama kali mira berpuasa dengan mak n keluarga mira. sebelum ni kan mira berpuasa dengan kawan-kawan..bila mira fikir-fikir balik, dah 4 tahun mira tak berbuka puasa bersama keluarga mira.. Alhamdulillah, Allah bagi mira kesempatan tahun ni nak berpuasa dengan keluarga tersayang. Encik Key, last mira jejak kaki kat masjid depan rumah mira tu 4 tahun lepas semasa bulan Ramdhan, mira pergi menunaikan solat sunat tarawih bersama sepupu mira, Shakiela. tapi setelah mira sambung belajar, mira jarang balik ke rumah.. tahun 2008, mira berpuasa di Matrikulasi..2009, mira berpuasa di UiTM Shah Alam bersama rakan sebilik..2010, mira berpuasa di Shah Alam juga tapi kat rumah sewa...2011 mira berpuasa di Skudai, Johor..memanglah tahun 2011 berpuasa dengan keluarga tapi, mira kerja di Pizza Hut.. memang x dapat la berbuka bersama keluarga tersayang. Tahun ni 2012, selepas 4 tahun mira merantau, mira dapat la bersahur, berpuasa, berbuka puasa serta berterawih bersama mak mira.. mira dah berAZAM akan bersama mak mira sepanjang bulan Ramadhan ni..Encik Key, maafkan mira kerana telah melakukan banyak kesilapan semasa berada di Kuala Lumpur. Memang mira ada melakukan kesilapan semasa memilih kawan. Mira ingatkan mira akan jadi matang bila bergaul dengan kawan-kawan yang berusia dari mira. tapi, mira dipermainka oleh mereka..Encik Key, boleh ke mira nak luahkan semua ni kat Encik Key? Encik Key jangan bosan ye dengar masalah mira ni.... apa pun, memang Azam mira mulai dari Ramadhan Al-Mubarak ni, mira nakubah sikap mira. mira akan buang yang negatif dalam diri mira. mira akan cuba..Sekian, Wassalam...

Khamis, 26 April 2012

Assalammualaikum, En.Key.
Mira hari ni sangat happy.
sesungguhnya Allah maha adil..
setelah Dia bagi kesedihan, terpancar sinaran keceriaan..
Mira bersyukur, sebab dugaan sebegini, mira dapat kenal erti hidup..
tak boleh nak manja sangat..hehe
En.Key...
maafkan mira sebab da lama x berbual dengan En.Key.
ngan kawan2 yg lain pun mira jarang contact..
mereka kata Mira sombong..tapi, Mira bukan sombong..
mana ade orang sombong mengaku sombong :(
Banyak benda nak borak ngan En.Key..
mira dapat kawan2 baru..
adik2 ni sgt nakal..
ok la, jap..Ah Wai ajak mira makan...
ok...nanti kita borak lagi..muah!

Sabtu, 7 April 2012

semakin sibuk

Assalammualaikum, En.Key.
Lama Mira x sembang-sembang ngn En.Key.
Mira harap En.Key x rasa sedih n anggap Mira sombong...
Mira agak sibuk baru-baru ni...
Mira x dapat nak luangkan masa ngn orang yg Mira sayang..
Mira minta maaf...


Mira rindukan orang-orang yg Mira sayang...
harap mereka faham yg Mira tak pernah lupakan mereka...


Sabtu, 28 Januari 2012

saya perlukan awk

Assalamualaikum w.b.t
En.Key..kenapa dia marah mira?
dia xbagi mira kawan ngn abg dia..sedangkan mira xde ape2 hubungan pun ngn abg dia..hanya kawan facebook..
dia da ade tunang..mira xganggu dia..mira berkawan ngn abg dia pun sebab Facebook..kitorang xde hubungan ape2..
salahke???
erm..mira tak faham..mula2 mesej & call selalu..
bila start couple..mula la jarang mesej & call..
paling sedih sekarang..bila call & mesej akan di marah..
argh..sama je semua laki..
En.D macam tu..En.A mcm tu..
malas la mira nak fikir..fed up!
i need u En.Key..

cemburu (T_T)

assalamualaikum w.b.t
En.key.....sob..sob..
mira cemburu...huhuhu..
mira nak kaweeeeen...
haish..ape mira merepek ni..
ni la..cemburu buta..xblh tengok pic kwn2 bahagia sikit..
ape la mira ni..
tp sedih oo..xde bf ..
sedih sangat2...
bila ade yg sudi..mira yg tolak..memang xsedia lagi..
sebab mira sedia ngn putera impian mira je..
tunggu dia..tunggu..dan tunggu...
En.Key...mcm mana nk ubat rindu pada....entah la..kat sape..
apepun..mira nekad.xnak usya2 blog org lain lagi..
bikin panas hati jer...

praktis je ni..~kuala lumpur

Asslammualaikum w.b.t
apa khabar En.Key? mira kat ampang sihat-sihat je.
hari ni mira plan nk pergi tangkap gambar berukuran pasport.
alhamdulillah,plan mira menjadi..sesungguhnya Allah mendengar doa mira.
oklah..mira nak cerita tentang hari ni..erm.apa kata mira cerita tentang hari semalam..

semalam..jumaat 27hb januari..
seawal jam 5.30 pagi mira da bangun bersiap untuk ke kl..praktis la untuk prktikal hari isnin ni..
mak cik mira siap gorengkan mee dan siapkan sarapan pagi..
sesudah bersarapan,dalam jam 6.30 pagi...mak cik mira teman mira tunggu bas kat bus stop..
sesudah bas sampai, mira pun naiklah..dalam jam 6.45pagi..
dalam bas tu cume ade mira n driver pada mulanya..
tp bila da sampai kt next bus stop, ramai makcik2 yg naik..gayanya macam nak g keje..
rupenye kt kl ni..makcik2 pun kerja naik bas awam..
risau mira..
lepas da sampai kt LRT Cempaka dalam jam 7.10 pagi, mira pun beli la tiket..
jeng..jeng..jeng..mira perasan kat kaunter tertera papan tanda "untuk touch n go dan rapid pass sahaja"..
mula cuak sebab mira x reti guna mesin utk beli tiket..
mira sempat tanya kat kakak  yg beratur depan mira...
huhuhuhu..dia ajar, pstu pergi..
time mira nk gune mesin tu..xbuley plak tekan..ira toleh kt blkg..ade pakcik ..mira tye la dia.."mcm mne ni...kenapa xbuley tekan..ala...kite xtaw.."..pakcik tu geleng..dia nk tolong..tp mcm dia pun xtau..
mira pun try tye kat kaunter..
rupe2nye...boleh je beli tiket kat kaunter..hehehe..malu jer...
ok..lepas LRT sampai.mira pun naik la..sebab pagi2 xramai org, dapat la mira duduk..
mira bertanya la kt makcik yg duk sebelah mira.."erm..kalau nk pergi Pertama Compex kena turun kat LRT Bandaraya ea?"..dia pun jawab.."dik,baru jam 7.15pagi..kompeks x bukak lagi"..ape la makcik tu..tnya lain,jawab lain..mira pun cerita la kat dia.."sebenarnya makcik, minggu depan saya praktikal....bla,.bla..bla.."
hahaha,...xpasal2 mira bercerita kt dia..hihi..sampai je kat LRT Bandaraya..mira pun turun la..hah, nak tambah sikit...mira osempat usha2 mamat baju merah ni..hemsem...rupe2nye dia pun turun kt stesen yg sama..:)...ok..ok..pas mira sampai LRT Bandaraya.mira ikut la org2 lain jalan..mesti dorng nk g dekat2 ngn tempat mira nk g ni..pastu..melintas la jalan raya yg bosar tu..macam jakun pun ade,..
jalan punye jalan..nampak la Bangunan MARA..sebab kt situ je ade pak guard,mira pun tye la.."pakcik,Uda Pertama kt mana,ye?"...pak guard tu tye balik.."eh,awak nak buat ape g sana?"...jadi..sama macam ngn makcik tadi..mira pun cerita benda yg sme..."sebenarnye,..saya nak praktikal...bla..bla..bla.."
pak guard tu pun tunjukla Uda Pertama kt mira..sempat mira tye."oo..bangunan MARA ni pun shoping complex jugak ke?".pak guard tu jawab.."eh,x..ni bangunan kerajaan dik"...hehe..mira pun ckp la mekasih kat pak guard tu..mira g la usha2 kompleks pertama tu..lama jugak mira kat lobby lif tu..
naik segan dibuatnya..mira sempat tanya kat seorang mak cik ni..dia pun xpasti di mana lokasi uda pertama..
ok..sesudah sure dan pasti akan tempat tu..mira pun call mak..gtaw yg da jumpa tempat praktikal mira..
mira pun bergegas ke station LRT..beli tiket untuk ke Pasar Seni pula..penjaga kaunter tu mengajar mira bagaimana nak turun ke Pasar Seni..setelah tiba di Masjid Jamek, mira terpaksa menukar tren..kat situ la..mira tersalah pintu..nasib baik ade abg guard yg hemsem membantu..(",)
mira pun follow la arahan dorg..kena turun tangga..then ikut la laluan yg disediakan..
mira smpai di Pasar Seni..alhamdulillah..perjalanan mira lancar..takde sebarang masalah timbul..
mira pun topup la Touch n Go mira yg pass pelajar..kena bayar RM 100 untuk sebulan..
lepas ni boleh la mira g mne2 dengan pass tu ..yeay..
sesudah semua selesai..mira pulang ke LRT Cempaka..sedang tunggu bas T323 nak gerak..tibe2 tergerak hati nak mesej Cik Rehan.."assalamualaikum, cik rehan..tadi mira da test da g uda pertama..:)"..cik rehan terus call..katanya yg mira kena daftar kat uda holding di bukit bintang,,OMG!
mana mira tau Bukit Bintang..terpaksa mira pergi semula..dari LRT Cempaka turun LRT Hang Tuah..pastu
naik monorel Hang Tuah turun monorel Bukit Bintang...kat situ da terkial2..mana nak cari bangunan Uda Holding ni..mira call adik mira suruh dia google cari kt mne bgunan tu..payah jgk..dorg bagi jalan yg mira xnampak..mira pun try2 la tengok2 area sebelah kiri..setelah 30 minit merayau di sebelah kanan..dan akhirnya mira jumpa juga...Uda Holding..mira tanya kt Pak guard yg ade kat depan lif tu..cerita yg sama.."minggu depan saya nak praktikal..jadi kena g HQ Uda Holding..ni la kan HQ nye....?"pak guard tu jawab.."ye dik..ade bawak surat? nanti hari isnin adik bawak surat..pakcik tunjukkan tmpatnye.."..alhamdulillah..baik-baik orang kat KL ni..
lepas je da tau tempat..mira pun nak balik la..xterlintas nak menyinggah mana2..mira balik terus ke LRT Cempaka..dekat 20 minit tunggu bas T323 nak jalan.. ade la beberapa budak lelaki naik bas yg sama..usya2 lagi..hehe..rupa2nya budak sekolah menengah daa...yg paling lawak, mira boleh cuak bila semua penumpang dalam bas tu trun tempat yg sama..mira dgn x segan bertanya kt slh sorg penumpang yg nk kua tu.."eh,kenapa semua trun?kenapa?????"..xdiendahkan pertanyaan mira..takut la kalau2 kena tukar bas ke..maklumla..pestime doe naik bas kt ampang..hehe..mira duduk je dala bas sampai la kt taman melur..
alhamdulillah..sampai pun kat rumah..mira singgah 7Eleven..beli NST dan topup..
hah...nak cakap sikit...Jurnal utk Thesis mira da di reject 4 kali..ape makna semua tu..huhu
sedih tau x..huhuhuhuhu....mira balik rumah dan tidoooo....malam baru bangun..(",) tu je la ceritanya..

Khamis, 26 Januari 2012

pulang ke segamat

Assalamualaikum w.b.t
Hai, En.Key..apa khabar?
miraharap En.Key sihat selalu..
mira  nak cerita tentang suatu hari yg memenatkan...
25hb Januari yg lepas..mira kena pergi UiTM Segamat
jadi..pagi-pagi kul 8am mira da kua umah g larkin..
sampai2 je larkin terus beli tiket ke Segamat jam 8.30am..
dengan bas yg da nazak..kerusi kokak..mira selamat sampai di Segamat jam 11.30am..
abang mira yg jemput mira kat terminal segamat..
mira pun meminta supaya abang hantar mira kat post office..
kat post offfice mira terserempak dengan seorang perempuan yg sangat cantik..
free hair..ayu sungguh..
dan dekat pjbt pos tu ade seorang budak nakal nmanya Arif..
perempuan cantik tu tengok je gelagat comel Arif..
last2 perempuan tu xjadi nak berurusan di pejabat pos sebab abgnya da sampai..
abg dia xde la hemsem..gelap je tengok..tapi perempuan tu sgt cantik...
ok...ok..habis da cerita tentang perempuan tu..
mira pun da settle kat pejabat pos..mira g la UiTM..abang mira yg hantar..
sebab dia nak ambil Baucer Buku 1 Malaysia..
setibanya di UiTM..mira terus ke surau..menunaikan solat Zuhur..
sesudah tu mira g la makan..sebab lunch hour.mira rase Dr.S xde kat bilik..
lepas makan..mira text Dr.S...alangkah kecewanya.....
dia kata hari ni dia ada mesyuarat..
selepas tu..mira terus keluar UiTM tunggu bas tambang ke terminal..
dekat 45minit mira tunggu...bas pun muncul...
mira naik la bas tu dan sampai terminal jam 4.15pm..
betapa malangnya nasib mira..tiket bas balik jb da habis..
tiba2...dalam muka sedih,ada seorang abg ni offer tiket bas...
ape ntah nama bas tu..tp gerak kul 6pm..
mira pun melengut la kt terminal melihat gelagat manusia..
ade pasangan couple budak2...yg couple ngn laki org pun ade..
macam2..
jam 5pm, mira gerak ke surau kat terminal..mira solat Asar..
lepas solat,jalan2 la kat terminal tu..tengok2 baju..comel..
tp mira xde duit..huhu..baju Elmo..hanya mampu dilihat..
bila bas da sm[pai jam 5.45pm..mira terus naik bas tu..
mira duk sit depan sekli...blkg driver...
sebelah mira mulanya xde org..
tetibe,....ade sorang mamat ni duduk...
tp,td terperasan yg makwe dia yg htr dia naik bas..
dia membahasakan dirinya 'abg' dan memanggil mira 'adik'...
abg batuk2 dalam bas..mira xsedap hati...
mula2 mira tanya 'awk ade air?'..abg jwb'xde, terlupa nak bawak'..
mira offer air mineral mira..dia xnak..xnk ye udah..
pastu mira smbung bce majalah Ujang yg ade kat sit abg tu tadi..
habis bace..kitorang borak-borak..
rupa2nya, dia seorang rockers..
En.Key nak tau..dari tepi abg nampak macam Lah V.E...
borak punya borak..smpai da kat Sri Putri..
sempat bertukar2 facebook..
(",)
bahagia je tengok abg n aweknya td..
so sweet..mira nak bf mira romantik..caring..dan x garang...hehe
ok..ok..lepas je trun dr bas..terus mira bergegas ke Mc D skudai..jalan kaki tau dr Sri Putri..
sorang2 plak tu...
dan malam tu..mira berjumpa dengan Hafizah, Sakinah dan Ainul..
best...Sakinah belanja...dan dapat bunga dari Ali..
balik2 je da kul 12am..
mak da tido...miss u mak...
ok la..tu je....
nanti smbung lagi..

Isnin, 16 Januari 2012

keberkatan Allah diutamakan

Assalamualaikum w.b.t

En.Key..maaf semalam mira xde borak ngn En.Key pun..
ok lah, mira nak cerita yang ahad malam isnin tu mira bertemu dengan seseorang..
Mira keluar dinner dengan beliau..
He told that he love me but i'm not sure isn't true or just want to play or joke..
then, kitorang sembang-sembang sambil dinner..
Pagi Isnin tu, mira ada paper legal maxim..
Alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang..
balik dari legal maxim paper, mira terus nak jumpa beliau.. 
xtahu kenapa, maybe nak jumpa sebab hari ni hari terakhir mira berjumpa dengannya..
namun, disebabkan panas terik, dia enggan keluar dari rumah..
jadi, kitorang decide nak jumpa malam..
dan malam tu, dalam pukul 10 malam, mira keluar jumpa dia..
kitorang lepak kat kedai makan..kami order menu yang sama,.nasi goreng kampung..
lepas makan, kami pun balik..mira sempat bg dia hadiah hari jadi..
mira bg shin chan ^_^
dia sgt suke dan terharu..dia nk follow mira g kl hari ni, tp dia ade kerja..
itu lah cerita ttg beliau..

En.Key nk tau pasal org yg mira minat tu?
hurm..semalam dia ade interview..dia cakap dia"...mohon jadi aircraft fire fighter.."
mira doakn dia berjaya dapat kerja tu.. ^_*
mira berdoa pada Allah yg mira dapat seorang lelaki yg dapat bimbing mira, ..
dan andai jodoh mira dengan En.A, mira redha dan harap hubungan kami diberkati Allah  serta dijauhkn perkara yg mungkar..
namun, jika jodoh mira dengan En.B, mira juga redha dan harap hubungan kami dirahmati Allah serta dijauhkan dari segala perkara yg mungkar dan di pelihara dari hasutan-hasutan syaitan..

Subhana Allah, Wa Alhamdulillah, Wa La Illa ha Illa Allah..
Ya Allah, kau peliharalah maruah diriku sebagai seorang wanita..
jangan lah Engkau biarkan aku lalai dan alpa dengan keseronakan duniawi..
sesungguhnya aku idamkan keindahan SyurgaMu..Ya Rabbi..
Aku mohom keampunan kepada Mu, atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini,..
Subhana Allah, Wa Alhamdulillah, Wa La Illa ha Illa Allah..

baiklah En.Key..mira nk pergi bersiap..hari ni nak pergi Shah Alam.
doakan mira selamat pergi dan selamat pulang..
 miss u, En.Key.. ^_*

Sabtu, 14 Januari 2012

Selamat Pagi Ahad !!!

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi En.Key..mira nak gtaw yg hari ni mira nak study ngn Azreen.. ^_*
En.Key xbuley notty2 ea bila Azreen datang nanti.. En.Key nak berkenalan ngn Azreen?
dia kawan sekelas mira kat UiTM Segamaat ^_*
dia baik orangnyer..suke tolong orang..ok la..ni mira nak tunjuk pic paling cun Azreen kat En.Key..


Comel kan Azreen..hari ni nak study ngn dia..Legal Maxim..En.Key doakan kami berjaya jawab paper esok ya..mekasih En.Key..miss u so much..!!!

~Wassalam~

Mira takut...=(

Assalammualaikum w.b.t
En.Key...mira takut sangat2..mira tadi tinggal sorang2 kat rumah..tetibe.ade bunyi menakutkan kat luar rumah...
mira pun berlari lah masuk bilik..huhu..mira takut sangat...nasib baik kawan-kawan ada yg perihatin..macam Ali, Bob, Naz dan Shiha. dorang yang tolong mira tadi..tadi mira sejuk badan, jantung berdegup kencang..takuuuuuuut sangat2...

Jom makan Sarpino's Pizzeria ^_^

Assalammualaikum w.b.t
entry kali ni, mira nak cerita tentang tempat kerja En.Id. hehe..En.Key jangan la jeles pulak ade nama encik lain dalam blog ni ok..^_^ En.Id ni seorang pengurus restoran fast food Sarpino's Pizzeria kat Singapura..
En.Id hari2 makan Pizza yang sedap..hehe..pastu kan, En.Id pernah try masak sendiri kat rumah beliau kat JB..
masak apa? erm..masakan ayam belanda maybe..sebab sekor tau dia masak untuk sorang makan..sedap kata nya..Hari tu dia masak sebab nak tonton Man United lawan Man City.. Alhamdulillah, Man United tu menang..kalau x, habis la ayam yi kena baling..hehehe...
hah, yang nak di kabor kan sebenarnye tentang Sarpino's Pizzeria.. mira teringin lah nak makan pizza mahal ni kat tempat En.Id kerja...sebenarnya nak suruh beliau belanja.. mesti lebih enak..hehehe..En.key nak join? hehe..kalau camtu, En.Key je la yang belanja..^_*
ni link Sarpino's Pizzeria yang kat Singapore tu..kalau En.Key nak belanja, lebih baik En.Key kira-kira dulu harganya..bajet2 la..nanti xcukup pula duit En.Key =P..hehe..mira gurau jer..
En.Key, mira sebenarnya tadi tengah study..nanti kita borak-borak lagi ya..Assalammualaikum, En.Key...^_^

Jumaat, 13 Januari 2012

En.Key...dengarlah rintihan Mira Maya Alia...

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi, En.Key... mira sebenarnya bangun pagi-pagi nak study..tapi, tetibe terindu pulak kat En.Key..
banyak benda nak cerita ni..hehe..
hahaha....mira terjumpa gambar ni kat External mira.. ni gambar kita makan kat Pak Li Kopitiam masa Argentina vs German time piala dunia 2010 tu kan..
so sweet, mira sokong Argentina , En.Key sokong Jerman..
hehe...bergaduh lah kita kat situ..=P

mira nak cerita sikit ni.. mira ada masalah lah..ex-bf mira..ala, En.Key bukan baru sehari dua kenal mira kan..
so, dia ni tetibe chat mira kat yahoo messenger..
ya, maybe mira nampak macam sombong sekarang..sebab macam nak x nak je layan mesej2 dia..
dulu, dia lagi lah teruk..bila mira call, dia xjawab..kalau jawab pun, dia bagi kat org lain..
ape ntah buruk benor perangai tu..
sekarang ni, dia kata dia cari mira..dia kata dia rindu mira..
ape ke hal nye kan..mira lagi rindu En.Key dari rindu dia..
whatever la dia nak ungkit kenangan lama kitorang dulu..
to, hati ni dah xde ruang utk merindui, menyintai dia..
ayat yg dia bg semalam "sudi tak awak jadi ibu kepada anak-anak saya?"
ape makna semua ni?
En.Key..mira menyintai orang lain..bukan dia..
mira merindui orang lain..bukan dia..
huhu
mira xsuke kena main macam ni..perasaan ni x suke dipermainkan..
mira x suke ..xsuke...
En.Key...ntah la..setiap kali orang tanya, "awak sayang saya?awak suka saya?awak rindu saya?"
dalam fikiran mira cuma ade En.Key..ye..memang mira rindukan En.Key...
tapi, ntah lah..mira x mungkin akan bertemu ngn En.Key lagi..
hah! En.Key..tentang jejaka yang mira suke tu kan...
dia kata "kita kenal dulu lebih rapat, then baru bagitahu family"
En.Key rase, dia suke kat mira ke? huhu..mira macam x yakin dengan ayat nak kenal lebih rapat..
mira sebenarnya da x yakin nak bercinta-cinta ni...
mira nak bernikah je terus.. ^_^
kan senang...xpayah fikir nak clash..buat ape2 pun xdosa..
betul x? sesungguhnya Allah berkati hubungan suci hambanya.. ^_^
ok, lah En.Key..makin banyak mira meluahkan kat sini, makin x study lah mira..
nanti mira story morry lagi ngn En.Key..
miss u En.Key..take care..

Mira sedih

Assalammualaikum w.b t
En.Key...mira sedih... (sob.sob..)
Sebab pertama :
mira terbaca blog gf kawan mira..
mira xtahu apa yg dia cerita kt gf dia ttg mira ... mira sedih..
"sepanjang aku kenal DD,
perempuan yang datang cari dia mesti nangis2.
sebab?
sebab hati. masalah HATI.
break off dengan BF, BF cari pompuan lain, main kayu 3, itu la, ini la.
ada masalah relationship je cari DD.
DD dah jadi dokter chenta. haha!
untuk menjadi dokter chenta yang bertauliah,
mestilah kena ada rupa paras yang menarik dan ayat yang POWER.
nada suara pulak, ala manja2 gitu sebab kebanyakkan "pesakit" on call.
itu yang kadang2 risau ada yang tersalah anggap pulak."
ape mksud ayt ni?
Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba Mu ini..hentikan lah air yang mengalir dipipiku ini.. (sob.sob..)


Sebab kedua :
kawan...kawan mira yg sorang tu...da xpedulikan mira...sedih sangat2.. (sob..sob..)
mungkin mira ada buat salah yg mira sendiri xsedar..
dan dia pergi tanpa meninggalkan pesan...
sedih giler...


Sebab ketiga :
mira rindukan En.Key.........
walaupun kita bukan la couple...
tapi, En.Key sangat mengambil berat tentang masalah mira..
ingat tak dulu kita selalu dinner sama2...
Mira suke makan kat Restoran Pak Li..
tapi, En.Key bawa mira makan kat Restoran Cili..
En.Key kata Restoran Cili ni anak Restoran Pak Li...
mira sangat2 rindukan En.Key.....
(sob...sob..sob...)
mira x pasti, kita akan berjumpa lagi ke tidak? 
mira tak tahu kat mana En.Key sekarang..
mira xdapat nak Google En.Key..i miss u so much..
En.Key...please, muncul lah.. En.Key la kawan paling baik bg mira..
(sob..sob..)
walaupun si dia mengambil berat tentang mira...tapi, mira belum pernah bertemu dengannya..
xpernah bersua muka..xpernah beramah mesra..
ye, memang mira kata tadi mira da jatuh hati kat dia..tapi, mira xtahu apa perasaan dia kat mira...
En.Key...walaupun En.Key xda di sisi mira macam dulu...mira tetap anggap En.Key selalu bersama mira..
biar orang kata, mira ni sombong..xberkawan..makan sorang-sorang..jalan sorang-sorang..
sebab dorang xtahu..mira sebenarnya bersama En.Key ^_^
miss u En.Key.. ^_*

Mari Membaca ^_*

Assalammualaikum w.b.t
hahai..kali ni nak cerita tentang..membaca jambatan ilmu..yeah!
dengan membaca, banyak ilmu yang akan kita peroleh..
hehe..ape yg mira melalut ni..huhu..
ok la En.Key..saje nak tunjuk, mira ni pun rajin juga pergi library tau...
(sebenarnya ni gambar masa study utk test ICM)

 
nampak rupa pelajar x?  hehehe

imbau kenangan silam...^_^

Assalammualaikum w.b.t
Entry kali ni, mira nak imbas kembali 2009 ^_^
hehe..post ni sebenarnya ada kat blog Jimmy OO Jimmy 
mira ambil sebab, saje..hehe..
nak penuhkan blog En.Key dengan entry2 mira..
hehehe
oklah En.Key..silalah baca entry mira 3 tahun lepas.. hehehe..



assalammualaikum dan salam sejahtera.


malam tadi aq tido awal
ingat bak bangon awal
tp
bangon lambat gak
1 apa aq x baca
IB??
fav subjek??

no la..
aku da la lembab dlm kls..

pastu x study

tup..tup..

nak exam..


pagi2 lagi aq mesej mak
aq cakap aq x sedia nk exam..

"ley x kalo ponteng exam?"

mak kata;

"jawab je,bykkn selawat..ye syg."

bila mak da kata cmtu,

aq kena la paksa diri tuk bgun..
adoi,....
malasnye...



padahal lecture da bg soalan spot da..
tggl nk baca je..
aq je malas
nauzubillah..

hurm..


baru je bangun nk mndi,,..
aq rebah semula kt katil..
sejuknye....
kena mandi ke?



aq kuatkan semangat..
melangkah ke bilik air yang jauhnya tak sampai 10 tapak..
perlahan2 aq masuk ke bilik yg sejuk tu..
kedengaran bunyi cengkerik..
hurm..mmg sejuk..
time mndi tu boleh terpikir,
nk makan ape ek bekpes ni..herm..
buku ib lgsung aq xbuka..
hahaha


lepas mandi aq pakai la baju kurung

semestinya baju tu aq x gosok..
hari ni xde sape2 yg spesel..
ne ade ali..
abu pun xde..


pas pakai baju,..aq g dapur n masak air..

aq nk wat mee goreng sedap
yg aq beli kt kedai 99 semalam..

aq tunggu la air masak

pastu aq pun rendam mee megi tu..

aq tglkan kt dapur

then aq g solat subuh..


pas solat jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.
aq ade sejam lagi nk kua umah..

yes,..time to bekpes..

siap wat demo cam cheff lagi..
haha,..ib aq lom sentuh..

da masak mee..aq pun mkn dengan penuh selera.
aq toleh ar gak kt bku ib yang aq beli 3 bulan lepas,..
beli ke?photostat jew..
beli mahal..
hehehe

aq buka la chpter yg ckgu aq da spot tu..
baca la sepintas lalu
sambil makan mee sedap
ade gak yg aq skip..
baca tajuk jew..
tp abes la '1 buku' aq baca..

hurm..alhamdulillah,..
kenyang perut.
hihihi..

pukul 7 pagi aq tup bku..
time to make up.
aq pakai la krim2 yang aq ada tu..
tepek punya tepek..
tbe2..
terkentut...tuuuut..
alamak,.
sakit prut plak..
erm,..da x sempat ni.

nad da call byk kali...
aq pun turun ngn laju,..
seperti biasa aq hanya bawak
3 btg pen biru,
1 pensel teka,
1 bijik pemadam,
1 pembaris,
n
1 ubat pensel...
pensel box?
aq ne ade..sengkek siot..

hah,..slip exam aq da cam pembungkus belacan,
aq selitkan kt dlm
sarung kad matrix aq..
hahaha
mmg sempoi..
aq ni malas la nk bwk2 bku..
nk baca konon.
ne sempat..
hehehe

time aq jalan nk jmpe membe2 aq,.
ade 2 org laki pndg aq
smbil berkata
"jawab tul2 ya"
wah..ade org bg semangat pagi2..
ceria ++ la aq..
lupa dah pasal malas nk exam.

pendekkan cter,..
sampai kt dewan,
aq pun masuk n duduk la kat meja yang nombornye menarik hati..
D151..
hehehe
dengan tenang aq tulis nama aq..
n semua maklumat yg diperlukan..
baca la surah2 yang aq ingat..

buka je kertas soalan,..
aq jawab ngn tenang..
walaupun hakikatnya,..
aq tak tau apa yang aq jawab..
hahaha

bermuka2,..berhelai2,..aq jawab..
siap garis2,..
ntah lah..
ikut sedap hati je tulis..

bibirku sentiasa mengukir senyuman...
ops,
1 letupan kecil terlepas dari bahagian belakangku
harap2 takde yang dengar..
bau??
itu lain cter..
biarkan..
hahaha
bukan senang nak bau kentut sewangi aq..hahah

jam da menunjukkan pkul 11.30 pagi.
pengawas da kutip kertas..
aq masih tersenyum..
xfikir apa2..

aq nampak ceria luarannya..
hakikatnya,
tak
aq xde perasaan
xde
aq balik...
sebelum berpisah ngn kengkawan,..
aq sempat pinjam RM3..
nk bli makanan..
miskin tol,..

dan yang paling bengang,,,.....
menu aq minggu ni nasi + ayam masak paprik..
hari pertama aq beli RM2
hari kedua RM1.80
hari ketiga RM1.50
hari keempat RM2.50
n tadi aq ingat dapat murah..
RM3...
xde baki langsung..
jahat nye pekedai..
menipu je
hurm..
tp da makan da..
biarlah
tu cara diorang berniaga..
baik buruk
biar Tuhan yang tentukan..
aq sebagai manusia,..
hanya mampu berdoa
agar esok aq nye makanan dapat murah..
amin..