aku adalah aku

aku adalah aku

1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 28 Julai 2012

Azam Baru Bulan Ramadhan ^_^

Assalammualaikum, Encik Key. Hehe...tak sangka kita ber'relationship' kat facebook kan..amboi Encik Key..pandai ye sekarang bercinta-cinta..Encik Key, mira nak cerita sikit tentang Ramadhan kali ini...tahun ni sedar tak sedar baru pertama kali mira berpuasa dengan mak n keluarga mira. sebelum ni kan mira berpuasa dengan kawan-kawan..bila mira fikir-fikir balik, dah 4 tahun mira tak berbuka puasa bersama keluarga mira.. Alhamdulillah, Allah bagi mira kesempatan tahun ni nak berpuasa dengan keluarga tersayang. Encik Key, last mira jejak kaki kat masjid depan rumah mira tu 4 tahun lepas semasa bulan Ramdhan, mira pergi menunaikan solat sunat tarawih bersama sepupu mira, Shakiela. tapi setelah mira sambung belajar, mira jarang balik ke rumah.. tahun 2008, mira berpuasa di Matrikulasi..2009, mira berpuasa di UiTM Shah Alam bersama rakan sebilik..2010, mira berpuasa di Shah Alam juga tapi kat rumah sewa...2011 mira berpuasa di Skudai, Johor..memanglah tahun 2011 berpuasa dengan keluarga tapi, mira kerja di Pizza Hut.. memang x dapat la berbuka bersama keluarga tersayang. Tahun ni 2012, selepas 4 tahun mira merantau, mira dapat la bersahur, berpuasa, berbuka puasa serta berterawih bersama mak mira.. mira dah berAZAM akan bersama mak mira sepanjang bulan Ramadhan ni..Encik Key, maafkan mira kerana telah melakukan banyak kesilapan semasa berada di Kuala Lumpur. Memang mira ada melakukan kesilapan semasa memilih kawan. Mira ingatkan mira akan jadi matang bila bergaul dengan kawan-kawan yang berusia dari mira. tapi, mira dipermainka oleh mereka..Encik Key, boleh ke mira nak luahkan semua ni kat Encik Key? Encik Key jangan bosan ye dengar masalah mira ni.... apa pun, memang Azam mira mulai dari Ramadhan Al-Mubarak ni, mira nakubah sikap mira. mira akan buang yang negatif dalam diri mira. mira akan cuba..Sekian, Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan