aku adalah aku

aku adalah aku

1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ahad, 29 Julai 2012

Pengalaman Praktikal Vol 1

Assalammualaikum, Encik Key.
Mira nak cerita tentang pengalaman mira praktikal kat UDA Pertama Sdn.Bhd. Mira dapat praktikal kat situ atas bantuan mak cik sedara mira, Cik Rehan.

Ini la Cik Rehan yang baik hati menolong mira tu...=)
Hari pertama mira berpraktikal, mira diarahkan untuk melapor diri di UDA Holdings Berhad yang berada di Bukit Bintang Plaza. Mira pergi awal pagi, pukul 7.30 pagi mira dah sampai ke pejabat, tetapi di tahan oleh pak guard kerana terlalu awal lalu disuruhnya mira minum2 dahulu...=(
Mira pun singgah di Mc Donald berhampiran, dan  membeli sekeping apple pie utk menjadi sarapan mira..

lepas tu, mira lapor diri di tingkat 11 di mana mira perlu berjumpa En.Mohd Ami Dalail. tapi, setibanya mira kat tingkat 11, mira bertemu dengan pelatih industri yang lain, namanya Roslina..

Ini lah Ros, muka dia comel macam Emelda kan? 
Ros ditempatkan di pejabat Cik Rehan manakala mira pula ditempatkan di UDA Pertama yg terletak kat Kompleks Pertama. Masa hari pertama, mira ngan ros kena join group SKIM menjalani sesi latihan motivasi. Kami disuruh memperkenalkan diri dihadapan orang ramai. Mira rasa sangat selekeh masa tu, jadi macam janggal la nak berdiri depan orang ramai. Selepas sesi perkenalan diri, kami main tali2 dan main pensel. Lepas lunch, mira bergegas ke UDA Pertama untuk berjumpa Pn.Maznah

Pn.Maznah Malek atau dikenali sebagai MM yang amat di'hormati' oleh staff UDA Pertama. Beliau merupakan majikan yang amat berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan dalam kerja. Haruslah berfikiran  positif dengan bekas majikan :)
Setelah diberikan tempat duduk sementara dihadapan bilik MM, mira di berikan tugasan pertama iaitu menyemak semula surat yang disediakan oleh staff lain. Kak Ayu merupakan staff pertama yang mira kenal..

Kak Ayu sangat baik dan merendah diri..dia sangat2 patuh akan arahan MM. Kak Ayu mempunyai anak yg comel...nak tengok anak kak Ayu? ni dia...sempat mira snap tau...keletah comel si dia membuat kami di office ketawa.. ^_^

Kak Ayu memperkenalkan mira pada staff di UDA Pertama.. Ni gambar mereka semua..Staff yang berdedikasi dan ceria semasa melakukan tugasan.. Mira amat terkesima bila dapat berkenalan dengan mereka...

Mereka sangat2 peramah dan saling membantu. Perkenalan Mira dengan mereka hanya setakat 2 bulan. tanggal 31 Mei 2012, semuanya berakhir... sob..sob...='(
Mira ditempatkan di bahagian kewangan, tapi pada masa Mira masuk tu masih ada lagi pelatih industri di bahagian kewangan, jadi tempat duduk sementara mira dekat depan bilik MM...huhu...risau...mira kan tak fokus...tapi, best duduk dekat ngn Salmah dan Kak Wani..siapa mereka? mereka lah....kawan2 mira...

Cik Salmah yang peramah... Comel kan..dia la penyeri  kami... :)
Kak Wani, sangat baik...seorang kakak yang sangat sayangkan adiknya...kak wani sangat faham perangai mira...

ni tempat duduk sementara yang mira gtaw tadi..jujur mira cakap, komputer kat situ xboleh guna dan..hampir sebulan mira duduk kat tempat ni..huhu..kerja mira kat dalam bilik finance...

Mira ditugaskan utk menyusun semula dokumen yang bersepah...hehe...apa pun, best buat kerja ni...
Mira ditempatkan di dalam bilik kewangan setelah Que habis tempoh latihan industri.. nak tahu siapa jejaka kacak bernama Que ni? hah...ni pun pic dia...

Que suke tangkap gambar gune kamera DSLRnye.. tapi, mira pulak suke tangkap gambar gune hp SONYnye...hehe..mira ne ade duit nk beli kamera mcm Que...hehe...
Dalam bilik finance, mira bekerja dengan Kak Ida, Abg Hasrul dan Mami..Kak In selalu masuk bilik finance untuk buat kerja..Ni gambar mereka berempat..mereka lah yang mengajar Mira selama Mira praktikal kat UDA Pertama..merekalah CIKGU mira..

Kak Ida...atau kakak kesayangan Que..hehe..kak ida sangat baik dan orangnye profesional..dia takkan mencampur adukkan peribadi dengan kerjanya..kak ida banyak mengajar mira tentang kerja2 di dalam bilik finance..syg sgt kak ida sebab banyak pesanan dan teguran positif kak ida kat mira..terima kasih ya,.=)

Abg Hasrul merupakan cikgu pertama mira kat office ni.. Abg Hasrul banyak ajar mira tentang cara buat cek.. Abg Hasrul bukan sahaja mengajar di office...bahkan, luar office pun nak di ajarnye...?? Malas la nak cter kat En.key..nanti merajuk pulak..hehe..apapun, thanks Abg Hasrul....Cikgu yg baik utk Mira..Cter sini habis sini yer....

Mami Lee...selalu sangat ajar mira buat resit..memang susah berurusan dengan Chinese, tp mira senang faham apa mami cakap dan ajar..mami macam mak mira sebab mami pernah tolong jahitkan baju mira tau...hehee..  Ambooooi...trademark Mami...
Kak In da banyak tolong mira...dari mira ZERO ke 99%..cewah...hehe..apapun, banyak jasa kak in kat mira..ilmunya..sungguh bermakna..apapun, terima kasih kak in...=)

oklah...buaat masa ni..ni dulu lah yang mira cerita...dah nak masuk waktu berbuka ni...nanti mira sambung cerita kat Encik Key lagi okay...salam...:)



Sabtu, 28 Julai 2012

Azam Baru Bulan Ramadhan ^_^

Assalammualaikum, Encik Key. Hehe...tak sangka kita ber'relationship' kat facebook kan..amboi Encik Key..pandai ye sekarang bercinta-cinta..Encik Key, mira nak cerita sikit tentang Ramadhan kali ini...tahun ni sedar tak sedar baru pertama kali mira berpuasa dengan mak n keluarga mira. sebelum ni kan mira berpuasa dengan kawan-kawan..bila mira fikir-fikir balik, dah 4 tahun mira tak berbuka puasa bersama keluarga mira.. Alhamdulillah, Allah bagi mira kesempatan tahun ni nak berpuasa dengan keluarga tersayang. Encik Key, last mira jejak kaki kat masjid depan rumah mira tu 4 tahun lepas semasa bulan Ramdhan, mira pergi menunaikan solat sunat tarawih bersama sepupu mira, Shakiela. tapi setelah mira sambung belajar, mira jarang balik ke rumah.. tahun 2008, mira berpuasa di Matrikulasi..2009, mira berpuasa di UiTM Shah Alam bersama rakan sebilik..2010, mira berpuasa di Shah Alam juga tapi kat rumah sewa...2011 mira berpuasa di Skudai, Johor..memanglah tahun 2011 berpuasa dengan keluarga tapi, mira kerja di Pizza Hut.. memang x dapat la berbuka bersama keluarga tersayang. Tahun ni 2012, selepas 4 tahun mira merantau, mira dapat la bersahur, berpuasa, berbuka puasa serta berterawih bersama mak mira.. mira dah berAZAM akan bersama mak mira sepanjang bulan Ramadhan ni..Encik Key, maafkan mira kerana telah melakukan banyak kesilapan semasa berada di Kuala Lumpur. Memang mira ada melakukan kesilapan semasa memilih kawan. Mira ingatkan mira akan jadi matang bila bergaul dengan kawan-kawan yang berusia dari mira. tapi, mira dipermainka oleh mereka..Encik Key, boleh ke mira nak luahkan semua ni kat Encik Key? Encik Key jangan bosan ye dengar masalah mira ni.... apa pun, memang Azam mira mulai dari Ramadhan Al-Mubarak ni, mira nakubah sikap mira. mira akan buang yang negatif dalam diri mira. mira akan cuba..Sekian, Wassalam...